JellyPages.com

Tuesday, October 11, 2016

Part II : Festival Kesenian SR dan SM Peringkat Kebangsaan Tahun 2016

Part II

Malam Gala Festival Kesenian Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 dirasmikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail bersama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah...

Sebelah siangnya semua peserta festival giat menjalani rehersal dan sesi penyesuaian pentas bagi memberikan persembahan yang terbaik kepada semua tetamu yang hadir.....
Ekatari akan mempersembahkan sekali lagi karya 'Dao Cao Ren' - Orang-Orangan....
Bezanya kali ini ialah dengan 9 orang penari sahaja...4 perempuan dan 5 lelaki....

Bersedia untuk warm up

Latihan untuk opening malam gala melibatkan pelajar-pelajar daripada pelbagai negeri.....

Sesi regangan otot supaya tak terkehel bila beraksi nanti

Ekatari mengambil tempat untuk penyesuaian pentas

Spacing time

Photo time dengan Pengarah BKK

Kesemua peserta bersiap seawal jam 8 malam menanti ketibaan tetamu Diraja....
Sepanjang malam gala ini , pelbagai persembahan kebudayaan dan kesenian telah disajikan daripada kontijen yang menyertai festival kali ini.......

Keberangkatan Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis ke Majlis Malam Gala

Majlis dimulakan dengan persembahan beramai-ramai daripada wakil sekolah-sekolah yang menyertai festival kali ini...

Ekatari on stage now

Memberikan kelainan dengan mengetengahkan karya berdasarkan budaya masyarakat Cina

Diluar zon selesa kerana sebelum ini Ekatari banyak membawakan tarian tradisonal melayu

Cikgu kayrol mencuba sesuatu yang baru mengikut kemampuan dan bakat anak-anak Ekatari

Mengikut alunan muzik yang dimainkan
.
.
.
.
.


Alhamdulillah....karya Ekatari menerima Anugerah Citra Budaya pada malam gala

Terima kasih!

It's a wrap!

 Nak tengok aksi-aksi spontan yang sempat dirakamkan selepas selesai beraksi dan belakang pentas?
Tunggu ye update untuk Part III.....

-Pena ekatariskpp 9(1)-




Monday, October 10, 2016

Part I : Festival Kesenian SR dan SM Peringkat Kebangsaan Tahun 2016

7 - 10 Oktober 2016 | Perlis Indera Kayangan
Festival Kesenian SR dan SM Peringkat Kebangsaan Tahun 2016


Part I
Perjalanan kali ini agak jauh kerana ke utara tanah air...
Merentas 4 buah negeri baru sampai....
Teruja sebab Ekatari dah lama tak berjalan jauh kannn....:)
Dah tido bangun...tido lagi...bangun pulak...tido lagi.....masih tak sampai-sampai.....


Akhirnya perjalanan mereka selamat sampai ke tempat penginapan di IPG Arau, Perlis....
Sesi malam dimulakan dengan taklimat daripada urus setia program....


Ok...dah penat tadi masing-masing balik tidur kerana jadual esok mereka akan terlibat dengan 2 pocket show ....

Pocket Show I dan II
Bangun pagi dimulakan dengan sesi warm up dan cikgu kayrol dah bersedia dan tools make up...
Persembahan pocket show pertama di C Mart Arau, Perlis dan yang ke-2 pada sebelah malamnya di depan The Store Kangar.....
Ekatari membawakan karya Perahu Kayuh untuk santapan orang-orang Perlis.....
Karya asal untuk Perahu Kayuh sebenarnya melibatkan 13 orang penari...
Tapi kali ini telah diolah semula berdasarkan bilangan penari yang hanya tinggal 9 orang....
Baki yang tak dapat ikut iaitu Aiman, Ashraf, Amira, Sabrina dan Farah bakal menduduki UPKK pada 10.10.2016.....

Sesi make up untuk gegirl...

Warm up dulu...

Siang di C Mart

Mifzal abang paling senior

Dicover oleh kakak-kakak ni

Enjoy tak yang dah tengok live dari Perlis?

Ini persembahan pocket show ke-2 di The Store Kangar

Walaupun penat....senyuman wajib terukir

Kena interview oleh hos malam tersebut

Ok...done!

Gambar ini menceritakan 1001 pengalaman yang berjaya dirasai oleh mereka sepanjang di sana.....
It will be so priceless!

-Pena ekatariskpp 9(1)-





Sunday, October 9, 2016

Persembahan Pembukaan : Lawatan Benchmark Indonesia

7 Oktober 2016 | Dataran SKPP 9(1)
Lawatan Pendidikan daripada Kabupaten Bayuwangi, Jawa Timur Indonesia

Sebelum bergerak ke Perlis, Ekatari diberi tugasan untuk menyambut ketibaan rombongan lawatan daripada ibu-ibu dan bapak-bapak daripada Jawa Timur Indonesia...
Tarian Selamat Datang dipersembahkan bagi mengalu-alukan kehadiran mereka ke SKPP 9(1)...

Menunggu ketibaan rombongan

Abang-abang handsome ekatari

Rombongan daripada Kabupaten Bayuwangi telah sampai

Persembahan dimulakan

Mengalu-alukan kedatangan mereka dengan mempamerkan tarian budaya bangsa

Selesai persembahan terus bersiap untuk perjalanan ke Perlis pula....
Phewwwwww......
Chaiyokkkkkk ekatari....

-Pena ekatariskpp (1)-

Monday, August 22, 2016

Festival Ekspresi Bakat Peringkat Kebangsaan Tahun 2016

20 Ogos 2016 | Festival Ekspresi Bakat Peringkat Kebangsaan Tahun 2016
IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras
Anjuran : SK Seri Bintang Utara

Ekatari terlibat secara langsung untuk kategori tarian....
Kali ini terdapat 11 penyertaan sekolah rendah daripada pelbagai negeri....
Antaranya dari Johor, Melaka, Selangor, WP KL dan WP Putrajaya.....
Tema kali ini ialah Kreasi Etnik Kontemporari.....
Ekatari membawakan karya terbaru hasil garapan Cikgu Kayrol....
'Dao Cao Ren' - Orang-Orangan...
Karya adalah berdasarkan inspirasi Masyarakat Han (Malaysia) berkaitan semangat padi.....
Rakaman gambar semasa beraksi di pentas.....

Inilah 'Dao Cao Ren' - Orang-Orangan

Make up ala-ala opera cina

Orang yang samakah?

Dari jauh memang susah recognize sorang-sorang 

Sepeten je

Lambai-lambai

Sesuatu yang lain daripada persembahan ekatari sebelum ini

Masing-masing telah beraksi dengan baik sekali

Lagi aksi daripada ekatari

Ini junior elit ekatari...darjah 2

Gabungan senior dan junior elite

Formasi tangan dan pelan lantai yang menarik

Serlahkan bakatmu

Keputusan diumumkan pada hari berikutnya...
Ekatari bersama 3 kumpulan lagi telah berjaya memperoleh Gold Medal...
Tahniah buat semua!


-Pena ekatariskpp 9(1)-


Sunday, August 21, 2016

Belakang Tabir Sekitar Festival Ekspresi Bakat

Gambar-gambar yang sempat dirakam ketika sesi warm up....
Terima kasih kepada Cikgu Hafiz













Terima kasih buat Pn. GB yang sudi hadir memberikan sokongan kepada Ekatari




-Pena ekatariskpp 9(1)-