JellyPages.com

Saturday, February 28, 2015

Eka'tari - Perjalanan 2015

Pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk Eka'tari sepanjang tahun 2015....
Pelbagai pertandingan dan persembahan yang bakal disertai oleh mereka....
Kalau dilihat takwim tahun 2015, bulan April merupakan bulan yang agak sibuk....

Pada dasarnya rata-rata telah mahir dengan tarian asas yang telah diajar.....
Cuma...kemahiran yang ada perlu terus digilap untuk mendapat hasil yang memuaskan....
Bukan mudah untuk mencapai standard yang ditetapkan oleh jurulatih sekolah.....
Latihan demi latihan terus giat dijalankan.....
Sesi petang....sesi malam (bergantung kepada keperluan pertandingan yang akan disertai)....
Guru dan jurulatih tidak kenal erti jemu dalam memberikan tunjuk ajar.....
Peranan parents jua turut membantu memastikan anak-anak terus bersemangat dan kekal bertenaga....
Pengorbanan masa dan tenaga adalah perlu......
Semoga tahun 2015 akan memberikan seribu pengalaman bermakna untuk Eka'tari.....

Latihan di pagi Sabtu.....

Seronok bila dapat step menari guna kipas cina

Tarian Zapin






-Pena ekatariskpp9(1)-



Part II - #Throwback Naik Kereta Kuda...Kuda Mau Lalu

Pertandingan Tarian Sekolah Rendah Kluster Tahun 2014 Peringkat Kebangsaan

Video dah tengok kan...
Eh!belum lagi???
Rugi tak tengok tau.....:)
Jom...tengok kat SINI dulu.....

Kali nie nak cerita sikit sebelum dan selepas kejadian....
Ini merupakan pertandingan peringkat Kebangsaan untuk kategori sekolah rendah.....
Sekolah yang bertanding merupakan sekolah kluster kecemerlangan....

Tahun 2014 tuan rumah nya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur....
So, Eka'tari bergerak dari Putrajaya sehari sebelum pertandingan...
Merasa diorang tidur di dorm Pusat Ko-Kurikulum WP KL....
Bagus juga sebab bole rasa macam mana suasana duduk kat dorm......
Mari kita layan gambar.....

SEBELUM PERTANDINGAN

Minum petang....

Dinner....

Free time...auntie jue buat ala-ala LDK

SEMASA PERTANDINGAN



Ready untuk berjuang....


SELEPAS PERTANDINGAN

Bersama dengan Guru Besar SKPP 9(1) selepas selesai persembahan...

Penari cilik SKPP 9(1) Tahun 2014


Inilah family Eka'tari 2014 yang sama-sama turun menyokong SKPP 9(1)
Semangat kerjasama yang ditunjukkan sangat membantu dalam setiap kejayaan Eka'tari....
Semoga mereka terus maju untuk tahun 2015 dan seterusnya.....

PENYAMPAIAN HADIAH

 Naib Johan Keseluruhan

 Walaupun Naib Johan.....A++ untuk persembahan yang cukup awsome!

Gold Medal (Pertama), Naib Johan Keseluruhan & Muzik Terbaik

Pengalaman bermakna untuk Eka'tari...
Tahun 2015 kita cuba lagi....


Friday, February 27, 2015

Jom!!!! #Throwback Naik Kereta Kuda...Kuda Mau Lalu....

Part I - Pertandingan Tarian Sekolah Rendah Kluster Tahun 2014 Peringkat Kebangsaan

Tarikh : 11 Oktober 2014 (Sabtu)
Tempat : Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, JPN WP Kuala Lumpur
Pencapaian : 1. Gold Medal (Pertama)
                     2. Naib Johan Keseluruhan
                     3. Muzik Terbaik


Video ni dapat melalui whatapp....so kena tengok yang ini...
Pastu sambungnya kat bawah ye....
(Parents Eka'tari gelarkan ini killer song 2014....:)
Inilah tarian yang dibawakan oleh anak-anak cilik Eka'tari SKPP 9(1)...
Enjoy their performance ye.....





Sesi Suaikenal....Bole?

Assalamualaikum.....
Salam Jumaat yang berkat....

Banyak entry yang akan jadi throwback sebab nak cerita tentang penglibatan Eka'tari SKPP 9(1) dalam bidang tarian tradisional.....
Tiada yang lama, maka tiada yang baru juga...
Banyak suka duka sepanjang 15 tahun Eka'tari ditubuhkan.....
Lumrah hidup kan...
Bukan senang nak senang...
Bukan senang untuk buat dikenali.....
Bukan senang nak menari.....
Perlu usaha dan terus berusaha bagi mengejar apa yang diingini....
Bulatkan tekad, kuatkan azam....
Insya Allah dipermudahkan semuanya......

Ok...itu mukadimah untuk sesi suaikenal kali ini....
Eka' tari telah banyak menyertai pelbagai pertandingan dan persembahan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.....(Tunggu ye....kalau berkesempatan akan throwback pertandingan dan persembahan yang diorang sertai)
Pasukan ini telah dikenali oleh pasukan lain kerana telah berjaya merangkul kejayaan dalam pertandingan yang disertai....
Gerak tari yang dipersembahkan sangat menghibur dan mengasyikkan
Komited nya penari-penari cilik yang diasuh oleh jurulatih pasukan ini telah menjadikan mereka murid yang berketerampilan......
Eka'tari telah mencipta nama tersendiri dalam bidang tarian tradisional....
Semoga minat dan bakat yang dikurniakan akan terus digunakan untuk kemajuan seni mereka.....


Belanja sikit gambar terbaru Eka'tari semasa mengadakan persembahan pembukaan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-15 SKPP 9(1) pada 25 Feb 2015

 Serba hijau malam tu....

 Bersama dengan cikgu yang menjadi tulang belakang Eka'tari ...

Cikgu Milah & Cikgu Nazirah & the Eka'tari boys


-Pena ekatariskpp9(1)-


Thursday, February 26, 2015

Teaser - Eka'tari SKPP 9(1)

Assalamualaikum...
Salam perkenalan...
Blog ini merupakan blog rasmi untuk Pasukan Eka'tari SKPP (9)1...
Banyak nak cerita tentang pasukan ini...
Mana nak mula yer???
Apa itu Pasukan Eka'tari?
Best ker diorang nie?


Nak tau, kena tunggu entry demi entry yang akan diupdate....

Untuk teaser kali ini kita story yang ringan-ringan dulu....:)

PENGENALAN 

Bidang tarian menjadi pilihan untuk dijadikan niche area Sekolah Kebangsaan Putrajaya P9(1)...
Tarian tradisional telah diperkenalkan di sekolah ini sejak tahun 2000 hingga kini...
Asalnya ianya dianggotai oleh 11 orang murid yang sangat berbakat dalam bidang tarian tradisional....
Ianya dibimbing oleh 2 orang guru yang sangat berdedikasi dalam memartabatkan warisan seni budaya melayu.....
Pasukan ini telah banyak menyertai dan membuat persembahan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.....
Kesungguhan dan keazaman guru, murid dan ibu bapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung telah mengangkat prestasi Pasukan Eka'tari ke satu tahap yang amat membanggakan.....


Belanja sikit gambar diorang....
Mostly gambar nie adalah koleksi dari tahun 2010 hingga kini...
Tak kenal, maka tak cinta kan....:)
Meh kita tengok penari-penari cilik SKPP 9(1)....

Tahun 2010 : Persembahan sempena ASEAN Games 2010 di UKM, Bangi, Selangor

Tahun 2011 : Persembahan sempena Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum 2011 Peringkat WP Putrajaya

Tahun 2012 : Persembahan sempena Singapore Youth di Universiti Cultural Centre Hall, Singapura


 Tahun 2013 : Persembahan sempena 15th International 23rd Children Festival di Turkish Republic of Cyprus


Tahun 2014 : Pertandingan 9th Sabah International Folklore Festival 2013 di Kota Kinabalu, Sabah

 Tahun 2015 - penari cilik pasukan Eka'tari




Ok....itu pengenalan secara ringkas mengenai Pasukan Eka'tari....
Akan menyusul entry lain selepas ini...
So, stay tune!!!


-Pena ekatariskpp91-





Wednesday, February 25, 2015

Apa Eka'tari Buat Bila Tak Terlibat Dengan Pertandingan?

Apa Eka'tari akan buat bila berkelapangan?
Bagus soalan tu.....:)
(Tukang karang tanya...tukang karang jugak yang tolong jawab)
Haaaaa.......sebenarnya Eka'tari juga ada membuat persembahan untuk majlis kenduri kawen....
Ianya bergantung atas jemputan...
Bergantung juga kepada jadual anak-anak Eka'tari...
Jadual persekolahan diorang....
Selalunya majlis kenduri kawen yang diterima adalah pada hujung minggu.....
So, ianya tak menggangu sesi Pengajaran & Pembelajara diorang....
Kenapa Eka'tari terima jemputan luar juga?
Ianya adalah sebahagian daripada sesi penyesusaian pentas...
Ianya juga dapat membantu supaya mereka tampil dengan lebih berkeyakinan apabila membuat persembahan di hadapan orang ramai...

Ini antara majlis perkahwinan yang pernah menjemput Eka'tari...
Jom layan gambar...



 Kenduri kawen di Dewan UPM

 Eka'tari's boys 

Eka'tari's girls

 Persembahan di Dewan Felda, KL

Dengan cikgu pengiring 

 Dewan Felda : Menunggu mempelai naik makan beradap

Persembahan di Dewan Sekolah Alam Shah, Putrajaya

Majlis perkahwinan anak perempuan ex-Pengarah JPN WP Putrajaya


Berminat mendapatkan khidmat Eka'tari untuk majlis perkahwianan atau majlis formal lain?
Boleh hubungi Cikgu Azlan di alamat SK Putrajaya P9(1)....
Bayaran boleh dirundingkan...:)


-Pena ekatariskpp9(1)-



Tuesday, February 24, 2015

Part I - #Throwback Tugu Budaya Sabah 2014

Pertandingan 9th Sabah International Folklore Festival 2014

Tarikh : 9 hingga 11 Jun 2014
Tempat : Tugu Budaya, Kota Kinabalu (Sabah)
Pencapaian : Anugerah Gangsa


Ini merupakan pertandingan pertama batch Eka'tari 2014....
Pertandingan yang melibatkan penyertaan peringkat antarabangsa.....
Latihan intensif selama lebih kurang 3 bulan akan melihat hasilnya di Kota Kinabalu, Sabah....
Pelbagai rasa yang ada...
Teruja, bimbang, bersemangat, takut semuanya bercampur baur......
Guru, jurulatih, anak-anak Eka'tari mahu pun parents berdebar menantikan detik persembahan mereka kali ini.....
Permulaan yang agak mencabar buat mereka kerana ke-12 orang penari merupakan penari baru....
Cabaran paling ketara ialah buat jurulatih kerana bukanlah  mudah nak membimbing mereka ke satu tahap yang disegani.....
Sebab ini entry #throwback.....
Mari layan gambar je dulu......

Sebelum boarding....

 Selamat mendarat di Kota Kinabalu, Sabah

 Terus ke Tugu Budaya Sabah untuk rehesal pembukaan

Malam nya ke Hotel Le Meridien untuk Majlis Perasmian 

Dinner time....


Ok..dah kenyang...
Jom balik tido dulu......

Tunggu Part II nye cerita ye...:)

-Pena ekatariskpp9(1)-