JellyPages.com

Tuesday, May 19, 2015

Happy Born Day Zulqifli Aiman

19 Mei 2015, Selasa
Happy Born Day kepada Zulqifli Aiman bin Rusli ...
Lebih dikenali sebagai Aiman dikalangan cikgu dan rakan-rakan...
Doa kami semua semoga Aiman akan terus diberikan kesihatan yang baik....
Menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah......
Semoga berjaya di dunia dan akhirat......




-Pena ekatariskpp9(1)-

Saturday, May 16, 2015

Eka'tari : Happy Teacher's Day

Assalamualaikum....
16 Mei setiap tahun diraikan sebagai Hari Guru......
Happy Teacher's Day buat Cikgu Azlan dan Cikgu Milah yang banyak membimbing anak-anak Eka'tari khasnya dan murid SKPP 9(1) amnya......
Bukan sekadar pengajaran secara formal di dalam kelas......
Malahan secara tidak formal juga...
Cikgu-cikgu inilah yang banyak membantu anak-anak Eka'tari dalam perjalanan mereka menjadi seorang insan yang berdisplin dan bertanggungjawab......
Jika direnung semula....kebanyakkan masa mereka adalah di sekolah bersama dengan cikgu dan rakan-rakan.....
Rutin mereka setiap minggu......dari hari Isnin hingga Jumaat.....
Bermula sesi persekolahan dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang.....
Tidak kira anak siapa.....keluarga mana....mahu pun latar belakang bagaimana.....
Cikgu-cikgu di sekolah bersedia menjadi pendidik dan pembimbing kepada anak-anak ini.......
Begitulah besarnya jasa seorang yang bernama cikgu....


Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasamu guru......
Pengorbanan yang tiada pengujungnya....
Tidak mengenal erti penat....
Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Cikgu Azlan dan Cikgu Milah.....


-Pena ekatariskpp9(1)-

Thursday, May 14, 2015

Eka'tari : Short Break, Focus On Exam Week

Assalamualaikum...
Anak-anak Eka'tari direhatkan untuk sementara sehingga minggu peperiksaan tamat pada 21 Mei 2015.....
Ini memberi ruang kepada mereka semua untuk fokus ulangkaji bagi memastikan mereka bersedia menghadapi peperiksaan.....
Keseimbangan antara akademik dan kokurikulum amat ditekankan kepada mereka.....
Ianya akan menjadikan mereka pelajar yang serba berkebolehan....
Buat mereka semua......
Study smart and good luck yer.....


Nantikan perkembangan terkini daripada Pasukan Eka'tari.....
Pertandingan dah tak lama lagi.....
Semoga mereka dapat memberikan persembahan terbaik nanti......

-Pena ekatariskpp9(1)-

Sunday, May 10, 2015

Happy Born Day....Cikgu Azlan

10 May 2015, Ahad
Happy Born Day kepada orang kuat pasukan Eka'tari.....
Doa kami semua semoga Cikgu Azlan akan diiberikan kebahagiaan dunia dan akhirat....
Semoga cikgu terus diberi kekuatan dan semangat untuk terus membimbing pasukan ini....



Gambar kenangan sambutan tahun 2014

Kejutan semasa sesi latihan tahun 2014


-Pena ekatariskpp9(1)-





Saturday, May 9, 2015

Throwback : Latihan Persediaan Menyertai 9th SIFF 2014, Kota Kinabalu

Assalamualaikum.....
Video ini dirakamkan ketika anak-anak Eka'tari sedang giat menjalani latihan intensif tahun 2014....
Latihan persediaan mengikuti pertandingan 9th Sabah International Folklore Festival (SIFF) 2014 di Kota Kinabalu Sabah....
Ketika ini mereka sangat bersemangat kerana merupakan tahun pertama dan kali pertama menyertai pertandingan....
Latihan diadakan tak kira masa....
Pagi, tengah hari termasuk malam....
Dalam keadaaan kesihatan yang baik.....
Dalam kesihataan yang kurang memberangsangkan.....
Segalanya berjaya ditempuh sepanjang latihan selama lebih kurang 3 bulan....
Komitmen yang ditunjukkan daripada semua amat tinggi.....
Tanpa usaha yang berterusan dan latihan yang konsisten.....
Mereka tidak akan berada di tahap yang ditetapkan oleh jurulatih dan cikgu yang membimbing....
Semoga anak-anak ini akan terus bersemangat untuk tahun 2015 kerana pertandingan besar sedang menanti mereka.....




-Pena ekatariskpp9(1)-