JellyPages.com

Wednesday, September 30, 2015

LC3 : Malam Kemuncak, Malam Menuju Matlamat

19 September 2015, Sabtu
Auditorium JKKN Melaka

Alhamdulillah....
Malam Kemuncak telah selesai....
Pasukan Ekatari dinobatkan sebagai Naib Johan Lantai Cilik Musim Ke-3.....:)

Saat sejurus selepas diumumkan sebagai Naib Johan
*Tahniah kepada Kumpulan Seri Melati yang dinobatkan sebagai Juara dan Kumpulan Pratama Family di tempat Ke-3

Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih di atas segala pengorbanan dan usaha yang telah dilakukan kepada :

  • Cikgu Khairul selaku koreographer yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan anak-anak Ekatari 
  • Cikgu Lan yang banyak memberikan tunjuk ajar dan banyak menjadi pendamping anak-anak ini dikala susah dan senang
  • Cikgu Milah selaku pengurus dan penyelaras pasukan yang sentiasa sabar menangani setiap masalah yang datang 

Cikgu Lan dan Cikgu Khairul bersama dengan hadiah dan trofi kemenangan

Sekalung penghargaan juga kepada pihak sekolah, guru-guru yang menyokong serta pelajar-pelajar SKPP 9(1) yang turut memberikan sokongan moral kepada mereka semua.....

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua ibu bapa dan ahli keluarga yang menunjukkan komitmen yang tinggi bagi memastikan anak-anak ini terus berjuang....

Terima kasih kepada krew teknikal yang banyak membantu melancarkan perjalanan props di belakang pentas....

Sokongan padu anda semua sangat dihargai

Tahniah anak-anak Ekatari kerana telah berjaya membuktikan keupayaan luar jangka...
Persembahan yang sangat awsome!!!!
Semangat, kekuatan dan cita-cita mampu direalisasikan dengan kerjasama semua.....


Bergambar kenangan sebelum pertandingan bermula

Suatu kepuasan yang sukar diungkap dengan kata-kata....
Inilah pengalaman bermakna buat mereka semua.....
Pengalaman yang menjadikan mereka lebih kuat untuk menghadapi pertandingan yang akan datang....

Trofi kemenangan

Berakhirnya program lantai cilik menjadikan anak-anak ini akan terus merindui saat-saat mereka berlatih demi mencapai suatu matlamat yang dinamakan kejayaan.....
Mereka berehat seketika sempena cuti sekolah dan Hari Raya Aidiladha sebelum membuka buku baru untuk pertandingan peringkat Kebangsaan pada Oktober 2015 nanti.....

-Pena ekatariskpp9(1)-





Tuesday, September 29, 2015

LC3 : Video Persembahan Segmen 1

Koleksi video persembahan Ekatari di Malam Kemuncak Lantai Cilik 3
Selamat menonton....:)

Sumber : YouTube (En. Faisal)

-Pena ekatariskpp 9(1)-

Monday, September 28, 2015

LC3 : Himpunan Kenangan Persiapan Malam Kemuncak (Part II)

17 September 2015, Khamis
Perjalanan ke Ayer Kroh Melaka

Usaha dan tawakal...
Itu ungkapan yang paling sesuai ketika Ekatari bersedia untuk bergerak ke lokasi pertandingan...
Setelah menjalani latihan yang padat....
Sepenuh komitmen dicurahkan oleh semua pihak bagi mendapatkan hasil seperti yang ditetapkan......
Maka, bergeraklah Ekatari ke Ayer Kroh, Melaka...
Kalah atau menang adalah adat pertandingan...
Namun, Ekatari sentiasa mahu memberikan yang terbaik....
Biarlah kalau kalah, kalah bermaruah......:)
Kalau menang, menang yang bermakna...:)

Bergambar kenangan sebelum bergerak ke Ayer Kroh, Melaka

Inilah pejuang cilik Ekatari

Doa dipanjatkan semoga perjalanan kami selamat semuanya

Sape pernah bawak gunung, gua dan air terjun dalam lori cengini???

-Pena ekatariskpp 9(1)-








Friday, September 25, 2015

LC3 : Himpunan Kenangan Persiapan Malam Kemuncak (Part I)

Proses menghasilkan Segmen 1 : Tema Kreasi dan Segmen 2 : Tema Tradisional (Permainan Rakyat) bukanlah mudah....
Segmen 1 memerlukan props gunung, gua dan air terjun bagi menjadikan ianya nampak lebih dramatik apabila digabungkan dengan tarian yang telah dikoreography kan oleh Cikgu Khairul....
Banyak idea yang telah dibrainstorm oleh Cikgu Khairul bersama Cikgu Lan dan Cikgu Milah.....
Bukan mudah untuk dapatkan hasil seperti yang telah dipersembahkan semasa Malam Kemuncak pada 19 September lalu....

Kali ini ingin berkongsi sedikit sebanyak proses semasa penyediaan props dan baju untuk Segmen 1

Konsep pentas berbentuk pelayaran yang disediakan oleh pihak produksi lantai cilik sedikit sebanyak perlu sesuai dengan tarian yang bakal dibawa nanti....

Lakaran idea bagi gabungan gunung, gua dan air terjun

Mockup gunung, gua dan air terjun dah sedia

Nak besar mana ni Lan?

Proses membuat rangka gunung, gua dan air terjun bermula dengan bantuan Abang Sofi (Husband Cikgu Milah)

Cari idea untuk gabungkan gunung dan air terjun menjadi gua

Proses tampal menampal giat dijalankan

Proses merealisasikan gunung, gua dan air terjun oleh Cikgu Lan

Lakaran idea pakaian untuk Segmen 1 : Tema Kreasi (Puteri Gunung Ledang)

Mix and match

Costum nenek kebayan yang mendapat sentuhan Nenek Nana 
(terima kasih banyak makcik....secara tak lagsung jadi tailor untuk Ekatari sepanjang lantai cilik)

Orang kuat tengah cari idea penambahbaikan....:)
Thanks a lot Cikgu Khairul.....
Dalam kesibukan dengan semester baru dibuka.....
Namun, komitmen terhadap Ekatari tetap menjadi keutamaan....

-Pena ekatariskpp9(1)-


Thursday, September 10, 2015

LC3 : Countdown Malam Kemuncak

Sedar tak sedar lantai cilik dah nak sampai ke penghujungnya....
Saban minggu Ekatari beraksi di pentas lantai cilik....
Ekatari merupakan kumpulan yang terlibat bagi keempat-empat rakaman yang berlangsung di Angkaspuri.....
Non-stop.....anak-anak ini menjalani latihan bagi meneruskan perjalanan dalam lantai cilik....
Ini merupakan kali pertama Ekatari mencuba nasib dalam rancangan tv.....
Banyak pengalaman yang telah dilalui oleh mereka.....

Sumber : Dari FB Lantai Cilik

Ekatari merupakan kumpulan yang pernah merasa tesingkir di peringkat suku akhir pertama...
Kemudian, bangkit kembali untuk merebut peluang ke separuh akhir.....
Rezeki Ekatari baik kerana terpilih untuk ke peringkat separuh akhir...
Sekali lagi Ekatari meneruskan usaha bagi melepasi peringkat seterusnya....
Bak kata pepatah " menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan"....
Usaha telah dilakukan minggu demi minggu....
Akhirnya, Ekatari disenaraikan antara 5 kumpulan yang akan bertanding di peringkat akhir.....
Alhamdulillah.....
Asalnya hanya untuk mencari pengalaman baru terus menjadi suatu mimpi yang akan menjadi realiti.....

Semangat, kekuatan dan cita-cita yang dizahirkan oleh anak-anak ini sangat memberikan inspirasi kerana fizikal cilik mereka bukan penghalang untuk berjaya....
Keyakinan yang diberikan oleh jurulatih dan cikgu-cikgu juga menjadikan mereka lebih matang....
Terima kasih kepada pendokong kuat Ekatari.....Cikgu Khairul, Cikgu Lan dan Cikgu Milah......


Doakan yang terbaik untuk Ekatari.....
Doakan segala perancangan untuk kali ini berjalan lancar...
Doakan semoga anak-anak ini diberi kesihatan yang baik sepanjang menjalani sesi latihan intensif.....

-Pena ekatariskpp9(1)-



LC3 : Rakaman Prelude Road 2 Final Part II

4 September 2015, Jumaat
Lokasi : SK Putrajaya Presint 9 (1)

Sekitar jam 4 petang krew daripada RTM sampai di sekolah...
Kali ini rakaman prelude diadakan di sekolah...
Ikuti rakaman lensa kamera sepetang bersama Ekatari di SKPP 9(1)....

Setting tempat untuk rakaman

Masing-masing ready untuk rakaman

Dataran perhimpunan sekolah jadi lokasi rakaman kali ini

Temuramah dengan Guru Besar

Selesai rakaman....moh kita makan dulu

Team RTM dan JKN

Anak-anak turut menjamu selera sebelum sambung semula latihan


Selesai sudah rakaman prelude untuk SKPP 9(1)....
Rakaman ini akan disiarkan 12 September 2015, jam 4 petang di TV2......
Boleh tengok kelima-lima kumpulan yang akan bertanding untuk Malam Kemuncak nanti.....

-Pena ekatariskpp9(1)-



Saturday, September 5, 2015

LC3 : Radio Anak Pribumi

#Throwback semasa episod separuh akhir program LC

Tarian Radio Anak Pribumi

-Pena ekatariskpp 9(1)-

Friday, September 4, 2015

LC3 : Road 2 Final

03 September 2015, Khamis
Lokasi : Melaka Bandaraya Bersejarah

Perjalanan Ekatari dalam Program Lantai Cilik 3 sedang menghampiri ke Episod Kemuncak
19 September 2015 nanti akan berlangsung peringkat akhir bagi 5 kumpulan yang terpilih....
Pertandingan akhir akan berlangsung di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri (JKKN) Melaka....
Dalam membuat persiapan menghadapi pertandingan akhir.....
Ekatari diberi peluang untuk menjalani rakaman untuk #Roadtofinal bersama dengan RTM dan JKKN....
Kumpulan Galang Maya dari SK Pulau Meranti, Selangor turut terlibat dalam rakaman kali ini....

Seawal  jam 6 pagi telah berkumpul di sekolah

Jam 7 pagi telah  berada di Angkasapuri

Masa yang ada tidak dibazirkan begitu saja.....
Praktis untuk gerak tari yang akan dibawa nanti

The journey is begin

Enjoy semuanya menjalani rakaman yang telah diaturkan oleh pihak RTM dan JKKN

Bersama dengan team Galang Maya

Cikgu Ekatari dan Galang Maya memang sporting

Mendengar taklimat 

Menunggu giliran untuk naik ke Menara Taming Sari

Cikgu-cikgu yang mengiringi anak-anak cilik ini

Dah ada kat atas


Giliran cikgu khairul

Makan malam sebelum nak cruise

Dah bersedia dengan jaket keselamatan masing-masing

Tekun mendengar penerangan daripada urus setia

Menyelusuri Sungai Melaka

Taklimat akhir sebelum bersurai


Mereka selamt sampai ke Putrajaya sekitar jam 12 tengah malam....
Balik berehat untuk rakaman prelude pula pada 4 September 2015.....
Terima kasih kepada semua yang terlibat....
Terima kasih beri peluang kepada anak-anak ini untuk merasai pengalaman baru...
Sampai berjumpa lagi di lain waktu....
Bye!

-Pena ekatariskpp9(1)-


Wednesday, September 2, 2015

Eka'tari : Keluarga Besar Kami

Sebelum ni dah berkenalan dengan anak-anak Ekatari yang dibimbing oleh Cikgu Lan dan Cikgu Milah...
Kali ni berpeluang dapatkan gambar kenangan anak-anak dengan keluarga masing-masing.....
Mereka inilah yang memberikan sokongan dari awal penglibatan anak-anak dalam bidang tarian....
Sumbangan secara langsung mahu pun tidak langsung yang diberikan amatlah dihargai....
Dikala susah mahu pun senang.....
Merekalah antara faktor penyumbang kepada kelangsungan Ekatari....


Ash & Mama Ira

Mifzal's family

Aiman & Mama Fida

Naseem's family

Adam's family

Farah wit mama Fida n mama Ira
(K.Murni sedang menunaikan ibadah haji)

Nana & Mama Jue

Sabrina's family

Amira's family

Arissa's family

Inilah keluarga besar kami...
Belum masuk adik beradik lain lagi....
Kalau combine ke-13 family.....
(Sebenarnya kami ada 3 lagi ahli Ekatari yang tidak dapat menyertai program kali ini.....iaitu Razin, Puteri dan Fatin......semoga program selepas ini akan cukup ke-13 orang mereka)
Memang penuh stage kalau semua ahli ada kan......:)

-Pena ekatariskpp9(1)-