JellyPages.com

Monday, April 27, 2015

Happy Born Day Wan Nur Sabrina

27 April 2015, Isnin

"Happy birthday to you...."
"Happy birthday to you...."
"Happy birthday to Sabrina...."
"Happy birthday to you..."

Pasukan Eka'tari mendoakan semoga Sabrina akan menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapa....
Semoga sentiasa ceria dan diberikan kesihatan yang baik....
Semoga berjaya di dunia dan akhirat.....




-Pena ekatariskpp9(1)-

Saturday, April 25, 2015

Eka'tari : Jenguk-Jenguk Belakang Tabir

Belakang tabir merupakan aspek penting bagi sesuatu persembahan atau ketika mengikuti pertandingan.....
Ianya merupakan persiapan awal sebelum mereka segak bergaya naik ke pentas.....
Ketika mereka menjalani latihan......
Ketika mereka bersantai-santai sebelum menunggu giliran pertandingan.....
Jika dilihat kembali, ianya akan mengamit rindu buat mereka semua.....
Setiap gambar yang disunting mempunyai nilai kenangan berbeza.....
Hargailah setiap detik yang telah berlalu...
Hadapi masa kini dengan sebaiknya....
Tiada siapa yang tahu apa akan berlaku pada masa akan datang....
Jom! Saksikan sedikit imbasan kenangan buat tatapan semua....


-Pena ekatariskpp9(1)-

Thursday, April 23, 2015

Benchmark : SK Puchong Jaya 2

Assalamualaikum.....
22 April 2015, Rabu

Selamat Datang diucapkan kepada SK Puchong Jaya 2...
Terima kasih kerana memilih SKPP 9(1) amnya dan Eka'tari khasnya bagi lawatan penanda aras ini...
Semoga dengan lawatan ini akan dapat memberikan suatu perkongsian ilmu yang bermanafaat di antara kedua-dua sekolah.....
SK Puchong Jaya akan menyertai pertandingan tarian di peringkat negeri Selangor pada awal Mei 2015 nanti.....
All the best daripada kami di SKPP 9(1)....
Terus berjuang demi memartabatkan warisan seni budaya melayu.....



-Pena ekatariskpp9(1)-

Tuesday, April 21, 2015

#Throwback : Eka'tari di MHI 22 Oktober 2010

Ini merupakan persembahan jemputan Eka'tari di Rancangan MHI terbitan TV3....

Sumber : YouTube

-Pena ekatariskpp9(1)-

Saturday, April 18, 2015

::Eka'tari : Kenangan Sepanjang Tahun 2014::

Assalamualaikum....
Video ini merupakan kenangan sepanjang tahun 2014....
Suka duka mereka menjalani setiap dugaan dan cabaran yang datang....
Perit jerih menjalani latihan.....
Dimarahi demi untuk menjadi seorang penari yang benar-benar memahami dan menghayati setiap pergerakan yang dipelajari.....
Sama-sama berusaha menjadi sebuah pasukan yang mementingkan kualiti persembahan....
Akhirnya semua yang mereka lalui ini berjaya mendidik mereka menjadi murid yang lebih berdisplin dan bertanggungjawab......
Semoga kenangan ini dapat menyuntik semangat untuk Eka'tari......


-Pena ekatariskppp(1)-

Wednesday, April 15, 2015

Eka'tari : Menyulam Seni Budaya Bangsa

Bidang tarian telah dipilih untuk dijadikan 'niche area' di SKPP 9(1). Ianya telah dipersetujui setelah mencapai kesepakatan bahawa bidang ini merupakan satu kesenian yang boleh dibanggakan dan diwarisi sepanjang zaman. Keunikan dan kelembutan dalam tarian seperti rentak Asli, Joget, Inang dan Zapin perlu diberi pendedahan dan seharusnya ianya diterapkan dari peringkat awal lagi. Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Objektif Eka'tari 

  • Mencungkil bakat serta memupuk minat murid dalam bidang kesenian khususnya bidang tarian
  • Mempunyai kemahiran dan dapat menguasai rentak-rentak tradisional yang diperkenalkan seperti Inang, Joget, Zapin dan Asli


Output dan Faedah Dari Eka'tari
  • Melahirkan murid yang berkemahiran dalam bidang tarian tradisional serta dapat meningkatkan mutu persembahan
  • Membantu melonjakkan pencapaian dan prestasi murid dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor
  • Meningkatkan keyakinan dan membentuk personaliti positif di kalangan murid
  • Membantu menyediakan modal insan yang berfikiran profesional dan berdisiplin serta mampu bersaingan secara sihat di peringkat global
  • Melahirkan murid yang mempunyai jati diri dalam mempertahankan warisan budaya bangsa



Semoga usaha yang dijalankan oleh cikgu Pasukan Eka'tari ini akan memberikan kesedaran mengenai pentingnya menyulam seni budaya bangsa supaya ianya tak dilupakan. Kadang kala ada juga cakap-cakap belakang yang kurang enak didengar. Namun, semuanya merupakan cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi bagi membuktikan apa yang dilakukan adalah sebaliknya.

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih?



-Pena ekatariskpp9(1)-

Tuesday, April 14, 2015

#Throwback : Potluck Eka'tari

Lagi throwback tentang aktiviti sampingan Eka'tari...
Salah satu aktiviti Eka'tari bagi merapatkan jalinan ukhwah antara cikgu, jurulatih, parents dan anak-anak....
Selain itu, aktiviti ini akan dapat merehatkan mereka sebentar daripada latihan....
Secara tidak langsung ianya boleh dikatakan sebagai penghargaan atas kerja keras yang telah mereka tunjukkan dari awal tahun 2014 yang lalu......



Bukan anak-anak jer yang happy....mummy2 pun sama

Ini wajib

Borak-borak santai

Seronok dapat buat aktiviti cam gini

K.A.M.I di akhir pertemuan
One Big Family of Eka'tari
Rindu lak nak buat potluck cam gini....
Teringat laksa Cikgu Milah yang sedap tu....:)
Ada cadangan bila nak buat lagi?

-Pena ekatariskpp9(1)-


#Throwback : Eka'tari - Hari Keluarga KPM Tahun 2011

Koleksi video daripada senior Eka'tari batch 2011...
Persembahan diadakan sempena Hari Keluarga KPM....
Jom layan!

Sumber : YouTube

-Pena ekatariskpp9(1)-

Sunday, April 12, 2015

Eka'tari : Dari Kepompong Menjadi Rama-Rama

Perjalanan anak-anak Eka'tari ini boleh diibaratkan dari 'kepompong menjadi rama-rama'...
Mereka melalui proses transformasi daripada hanya mempunyai bakat kepada seseorang yang berbakat dan mempunyai kemahiran dalam tarian tradisonal.....


Anak-anak Eka'tari ini pada asalnya terdiri daripada salah satu kategori di bawah:

  • Memang mempunyai bakat dalam bidang tarian....atau
  • Minat menari tetapi kurang berbakat......

Walaupun mereka ini terdiri daripada kategori di atas......
Usaha yang berterusan telah menunjukkan hasil yang positif......
Namun tidak dapat dinafikan.......
Bakat sahaja kadang kala tidak cukup untuk sesorang berjaya dalam bidang yang diceburi.....
Gabungan BAKAT, MINAT dan DISIPLIN sebenarnya akan menjadikan mereka lebih berjaya....

Peranan guru dalam mengenalpasti dan mencungkil bakat terpendam ini amat dikagumi.....
Usaha dan latihan yang berterusan telah berjaya mengembangkan bakat yang ada kepada tahap maksima.....
Selain itu sokongan daripada ibu bapa dan rakan-rakan turut menjadikan bakat yang ada terus bersinar....
Hasil yang dapat dilihat sepanjang 10 tahun usia Eka'tari amat membanggakan...
Mereka telah berjaya menjadi duta kecil di peringkat antarabangsa....
Mereka telah mengharumkan nama WP Putrajaya di peringkat kebangsaan...
Mereka juga telah mengharumkan nama SKPP 9(1) di peringkat negeri......

Semoga Eka'tari akan terus maju jaya dengan sokongan daripada Pentadbir, guru, jurulatih, ibu bapa dan rakan-rakan semua.....


 Semasa uji bakat awal yang diadakan oleh cikgu Azlan



Bakat : Kemampuan bawaan yang merupakan potensi yang masih perlu dikembangkan atau dilatih untuk mencapai suatu kecekapan, pengetahuan dan keterampilan. Seseorang itu boleh mempunyai lebih daripada satu bakat. Ianya perlu dikembangkan bagi mencapai tahap maksima.

-Pena ekatariskpp9(1)-

Eka'tari : Bukan Mudah Untuk Berjaya

Latihan dijalankan seperti mana yang telah dirancang oleh Cikgu Lan dan Jurulatih....
Memandangkan hari pertandingan semakin hampir....
Latihan intensif perlu berterusan bagi mendapatkan hasil yang diharapkan....
Ketika inilah.....ketahanan mental dan fizikal mereka akan teruji.....
Disiplin yang tinggi daripada anak-anak Eka'tari menunjukkan mereka sangat komited dengan apa yang dilakukan.....
Bukan senang untuk memastikan mereka terus kekal fokus dengan gerak tari yang dipelajari.....
Ada kalanya fokus mereka agak terganggu....
Namun, peranan cikgu, ibu bapa dan rakan sepasukan serta jurulatih sentiasa menjadikan mereka pelajar dan penari yang berdisplin.....
Semoga tahun ini mereka akan dapat menjejakkan kaki ke peringkat Kebangsaan....
Doakan yang terbaik buat Eka'tari ye......:)

Tahun ni nak buat pembaharuan sikit....
Penting untuk naik kan semangat mereka bagi persiapan menyertai pertandingan....
Keseragaman itu penting untuk setiap aspek kan....
Team lain dah lama kot buat benda nie....
Eka'tari baru dapat nak laksanakannya tahun ini....Insya Allah


Ini sketch daripada cikgu lan bagi seluar rasmi Eka'tari.....
Sambil ngajar sambil cari idea untuk pakaian rasmi Eka'tari 2015.....
Kita tungggu hasilnya dalam masa 2 minggu lagi.....


-Pena ekatariskpp9(1)-






#Throwback : Eka'Tari di FESTAKA 2011

Lagi koleksi video daripada senior Eka'tari tahun 2011

Sumber : YouTube


-Pena ekatariskpp9(1)-

Wednesday, April 8, 2015

#Throwback : Tarian 'Lemak Manis' Eka'Tari SKPP9(1) 2008

Koleksi video persembahan daripada senior Eka'tari batch 2008
Tarian Lemak Manis

Sumber : YouTube

-Pena ekatariskpp9(1)-

Tuesday, April 7, 2015

Happy Born Day Muhammad Ashraff

7 April 2015, Selasa
Alhamdulillah...
Seorang lagi daripada Eka'tari menyambut Ulang Tahun Kelahiran.....
Selamat Hari Lahir buat Ash...
Pasukan Eka'tari mendoakan semoga Ash menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapa, semoga berjaya di dunia dan akhirat.....

Muhammad Ashraff is turn



-Pena ekatariskpp9(1)-



Monday, April 6, 2015

#Throwback : Show Kampung Kita TV3

Assalamualaikum...
Lagi koleksi video daripada senior Eka'tari...
Persembahan diadakan sempena program Kampung Kita di TV3...
Jom saksikan anak-anak cilik ini beraksi.....

Sumber : YouTube

-Pena ekatariskpp9(1)-

Saturday, April 4, 2015

Eka'tari : Jurulatih Baru, Semangat Baru

Assalamualaikum....
4 April 2015, Sabtu
Setelah hampir sebulan pemergian arwah....
Hari ini Eka'tari memulakan latihan bersama dengan jurulatih baru...
Selamat datang diucapkan kepada jurulatih baru....
Semoga dengan kerjasama baru ini akan memberikan titik tolak baru kepada Eka'tari...
Masa untuk kembali fokus.....kembali berjuang....

 Latihan bermula dari pagi hingga petang

 Paginya sesi untuk memantapkan asas

 Sempat lagi peace tu Amira

 Sedia untuk lakukan dalam satu pasukan

 Bagi tengok dari kejauhan dulu
Siapa jurulatih baru akan ada entry khas agaknya


Apa pun....
Yang lama tidak dilupakan....
Yang baru menjadi harapan buat anak-anak ini....
Semoga tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan menjadi pengalaman bermakna buat mereka....

-Pena ekatariskpp9(1)-

Friday, April 3, 2015

Happy Born Day Kepada Farah Aina.....

03.04.2015, Jumaat

Happy Born Day kepada Si Cilik Farah....
Seluruh Pasukan Eka'tari mendoakan Farah supaya menjadi anak yang baik dan menyenangkan hati ibu bapa...semoga diberi kesihatan yang baik....semoga terus suksess dalam kehidupan....


To


-Pena ekatariskpp9(1)-





Thursday, April 2, 2015

#Throwback : Eka'Tari ketika Pertandingan Tarian 2012

Video ni throwback zaman senior Eka'tari batch 2012 menyertai Pertandingan Tarian Sekolah WP Kuala Lumpur

Pencapaian : Johan

Sumber : YouTube

-Pena ekatariskpp9(1)-

Wednesday, April 1, 2015

Majlis Penutup Kejohanan Bola Sepak MAKSAK Kebangsaan

29 Mac 2015, Ahad
Last performance bagi minggu yang super dupper busy buat Eka'tari....
Non-stop....
Namun, alhamdulillah...
Anak-anak kecil ini masih mampu ceria dan tersenyum sepanjang melakukan persembahan....
Kekuatan dan semangat yang ditunjukkan sangat memberi kesan positif buat semua...
Sokongan padu daripada cikgu dan ibu bapa turut menjadikan mereka sebuah pasukan yang terbaik....
Kali ni Eka'tari dijemput untuk membuat persembahan sempena penutup Kejohanan Bola Sepak MAKSAK Kebangsaan yang diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam.....
Tetamu VIP yang akan hadir ialah Tan Sri KPPA....

Sebelum bertolak

Penyesuaian tempat


1st time perform di kawasan terbuka

Full rehearsal

Full dress untuk jejaka Eka'tari

Full dress untuk sang Puteri Perak

One team

Tetamu VIP, Tan Sri KPPA

Melihat acara perbarisan penutup semua kontijen

Persembahan daripada fit Malaysia

Cikgu dan mummy yang sporting hadir memberikan sokongan

Ini persembahan penutup sepanjang minggu lepas....
Lepas ni mereka bersedia untuk persiapan pertandingan yang dijangka diadakan sekitar Mei 2015.....
Tunggu update terkini yer...:)

"Semangat, Kekuatan, Cita-Cita"

-Pena ekatariskpp9(1)-