JellyPages.com

Saturday, February 28, 2015

Eka'tari - Perjalanan 2015

Pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk Eka'tari sepanjang tahun 2015....
Pelbagai pertandingan dan persembahan yang bakal disertai oleh mereka....
Kalau dilihat takwim tahun 2015, bulan April merupakan bulan yang agak sibuk....

Pada dasarnya rata-rata telah mahir dengan tarian asas yang telah diajar.....
Cuma...kemahiran yang ada perlu terus digilap untuk mendapat hasil yang memuaskan....
Bukan mudah untuk mencapai standard yang ditetapkan oleh jurulatih sekolah.....
Latihan demi latihan terus giat dijalankan.....
Sesi petang....sesi malam (bergantung kepada keperluan pertandingan yang akan disertai)....
Guru dan jurulatih tidak kenal erti jemu dalam memberikan tunjuk ajar.....
Peranan parents jua turut membantu memastikan anak-anak terus bersemangat dan kekal bertenaga....
Pengorbanan masa dan tenaga adalah perlu......
Semoga tahun 2015 akan memberikan seribu pengalaman bermakna untuk Eka'tari.....

Latihan di pagi Sabtu.....

Seronok bila dapat step menari guna kipas cina

Tarian Zapin






-Pena ekatariskpp9(1)-



No comments:

Post a Comment