JellyPages.com

Sunday, April 12, 2015

Eka'tari : Dari Kepompong Menjadi Rama-Rama

Perjalanan anak-anak Eka'tari ini boleh diibaratkan dari 'kepompong menjadi rama-rama'...
Mereka melalui proses transformasi daripada hanya mempunyai bakat kepada seseorang yang berbakat dan mempunyai kemahiran dalam tarian tradisonal.....


Anak-anak Eka'tari ini pada asalnya terdiri daripada salah satu kategori di bawah:

  • Memang mempunyai bakat dalam bidang tarian....atau
  • Minat menari tetapi kurang berbakat......

Walaupun mereka ini terdiri daripada kategori di atas......
Usaha yang berterusan telah menunjukkan hasil yang positif......
Namun tidak dapat dinafikan.......
Bakat sahaja kadang kala tidak cukup untuk sesorang berjaya dalam bidang yang diceburi.....
Gabungan BAKAT, MINAT dan DISIPLIN sebenarnya akan menjadikan mereka lebih berjaya....

Peranan guru dalam mengenalpasti dan mencungkil bakat terpendam ini amat dikagumi.....
Usaha dan latihan yang berterusan telah berjaya mengembangkan bakat yang ada kepada tahap maksima.....
Selain itu sokongan daripada ibu bapa dan rakan-rakan turut menjadikan bakat yang ada terus bersinar....
Hasil yang dapat dilihat sepanjang 10 tahun usia Eka'tari amat membanggakan...
Mereka telah berjaya menjadi duta kecil di peringkat antarabangsa....
Mereka telah mengharumkan nama WP Putrajaya di peringkat kebangsaan...
Mereka juga telah mengharumkan nama SKPP 9(1) di peringkat negeri......

Semoga Eka'tari akan terus maju jaya dengan sokongan daripada Pentadbir, guru, jurulatih, ibu bapa dan rakan-rakan semua.....


 Semasa uji bakat awal yang diadakan oleh cikgu Azlan



Bakat : Kemampuan bawaan yang merupakan potensi yang masih perlu dikembangkan atau dilatih untuk mencapai suatu kecekapan, pengetahuan dan keterampilan. Seseorang itu boleh mempunyai lebih daripada satu bakat. Ianya perlu dikembangkan bagi mencapai tahap maksima.

-Pena ekatariskpp9(1)-

No comments:

Post a Comment