JellyPages.com

Wednesday, April 15, 2015

Eka'tari : Menyulam Seni Budaya Bangsa

Bidang tarian telah dipilih untuk dijadikan 'niche area' di SKPP 9(1). Ianya telah dipersetujui setelah mencapai kesepakatan bahawa bidang ini merupakan satu kesenian yang boleh dibanggakan dan diwarisi sepanjang zaman. Keunikan dan kelembutan dalam tarian seperti rentak Asli, Joget, Inang dan Zapin perlu diberi pendedahan dan seharusnya ianya diterapkan dari peringkat awal lagi. Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Objektif Eka'tari 

  • Mencungkil bakat serta memupuk minat murid dalam bidang kesenian khususnya bidang tarian
  • Mempunyai kemahiran dan dapat menguasai rentak-rentak tradisional yang diperkenalkan seperti Inang, Joget, Zapin dan Asli


Output dan Faedah Dari Eka'tari
  • Melahirkan murid yang berkemahiran dalam bidang tarian tradisional serta dapat meningkatkan mutu persembahan
  • Membantu melonjakkan pencapaian dan prestasi murid dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor
  • Meningkatkan keyakinan dan membentuk personaliti positif di kalangan murid
  • Membantu menyediakan modal insan yang berfikiran profesional dan berdisiplin serta mampu bersaingan secara sihat di peringkat global
  • Melahirkan murid yang mempunyai jati diri dalam mempertahankan warisan budaya bangsa



Semoga usaha yang dijalankan oleh cikgu Pasukan Eka'tari ini akan memberikan kesedaran mengenai pentingnya menyulam seni budaya bangsa supaya ianya tak dilupakan. Kadang kala ada juga cakap-cakap belakang yang kurang enak didengar. Namun, semuanya merupakan cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi bagi membuktikan apa yang dilakukan adalah sebaliknya.

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih?



-Pena ekatariskpp9(1)-

No comments:

Post a Comment