JellyPages.com

Saturday, August 1, 2015

LC3 : Permuafakatan Ibu Bapa

Keputusan layak/ tidak layak untuk menyertai Program Lantai Cilik 3 diberikan dalam tempoh yang sangat singkat.....
SKPP 9(1) @ Eka'tari terkejut juga menerima keputusan yang tidak dijangka ini....
Perjumpaan bersama ibu bapa pelajar yang terlibat telah diadakan pada Jumaat, 31 Julai 2015
Ini bagi memastikan ibu bapa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku semasa menyertai program ini.....
Jika dilihat daripada jadual program yang telah diberikan oleh urus setia, ianya sangat padat.....
Justeru, komitmen dan sokongan daripada ibu bapa amatlah penting.....
Anak-anak akan terlibat dengan jadual latihan yang padat.....
Akhirnya permuafakatan telah dapat dicapai setelah isu-isu berbangkit berjaya diselesaikan....


 Sesi penerangan berkaitan jadual program LC3 daripada pihak pentadbir dan guru....

"Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat"

-Pena ekatariskpp9(1)-



No comments:

Post a Comment