JellyPages.com

Wednesday, September 30, 2015

LC3 : Malam Kemuncak, Malam Menuju Matlamat

19 September 2015, Sabtu
Auditorium JKKN Melaka

Alhamdulillah....
Malam Kemuncak telah selesai....
Pasukan Ekatari dinobatkan sebagai Naib Johan Lantai Cilik Musim Ke-3.....:)

Saat sejurus selepas diumumkan sebagai Naib Johan
*Tahniah kepada Kumpulan Seri Melati yang dinobatkan sebagai Juara dan Kumpulan Pratama Family di tempat Ke-3

Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih di atas segala pengorbanan dan usaha yang telah dilakukan kepada :

  • Cikgu Khairul selaku koreographer yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan anak-anak Ekatari 
  • Cikgu Lan yang banyak memberikan tunjuk ajar dan banyak menjadi pendamping anak-anak ini dikala susah dan senang
  • Cikgu Milah selaku pengurus dan penyelaras pasukan yang sentiasa sabar menangani setiap masalah yang datang 

Cikgu Lan dan Cikgu Khairul bersama dengan hadiah dan trofi kemenangan

Sekalung penghargaan juga kepada pihak sekolah, guru-guru yang menyokong serta pelajar-pelajar SKPP 9(1) yang turut memberikan sokongan moral kepada mereka semua.....

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua ibu bapa dan ahli keluarga yang menunjukkan komitmen yang tinggi bagi memastikan anak-anak ini terus berjuang....

Terima kasih kepada krew teknikal yang banyak membantu melancarkan perjalanan props di belakang pentas....

Sokongan padu anda semua sangat dihargai

Tahniah anak-anak Ekatari kerana telah berjaya membuktikan keupayaan luar jangka...
Persembahan yang sangat awsome!!!!
Semangat, kekuatan dan cita-cita mampu direalisasikan dengan kerjasama semua.....


Bergambar kenangan sebelum pertandingan bermula

Suatu kepuasan yang sukar diungkap dengan kata-kata....
Inilah pengalaman bermakna buat mereka semua.....
Pengalaman yang menjadikan mereka lebih kuat untuk menghadapi pertandingan yang akan datang....

Trofi kemenangan

Berakhirnya program lantai cilik menjadikan anak-anak ini akan terus merindui saat-saat mereka berlatih demi mencapai suatu matlamat yang dinamakan kejayaan.....
Mereka berehat seketika sempena cuti sekolah dan Hari Raya Aidiladha sebelum membuka buku baru untuk pertandingan peringkat Kebangsaan pada Oktober 2015 nanti.....

-Pena ekatariskpp9(1)-





No comments:

Post a Comment