JellyPages.com

Friday, August 19, 2016

Pertandingan Tarian SKK Peringkat Kebangsaan (Terbuka) Tahun 2016

17 Ogos 2016 | Pertandingan Tarian Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Peringkat Kebangsaan
SMK Ghafar Baba, Alor Gajah Melaka

Ini merupakan pertandingan kedua tahun ini yang disertai oleh Ekatari....
Mencari pengalaman baru di Melaka negeri bersejarah...
Merupakan platform terbaik untuk ekatari membuat jaringan baru bersama pasukan tarian daripada negeri lain....
Sebanyak 14 kumpulan daripada pelbagai negeri yang menyertai pertandingan kali ini...
Antara negeri yang terlibat ialah Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan WP KL dan WP Putrajaya......


Sebelum Pertandingan

Perjalanan pergi 

Sesi penyesuaian pentas di Dewan SMK Ghafar Baba

Persiapan diri untuk hari esok

Uniknya kali ini kategori yang dipertandingkan adalah Terbuka...
Maksudnya tiada kategori sekolah rendah mahu pun menengah....
Pengalaman baru juga buat Ekatari.....
Pertandingan ini juga merupakan kerjasama dengan Universiti Awam iaitu UITM Lendu

Hari Pertandingan

Menunggu giliran persembahan

Ekatari adalah kumpulan ke-4
.
.
.
.
.
.
Saat pengerusi majlis mengumumkan keputusan pertandingan adalah saat yang paling mendebarkan....
Ekatari telah memberikan yang terbaik....
Kalah dan menang adat pertandingan.....
Tatkala senarai penerima hadiah ke-5 hingga ke-14 telah diumumkan....
Ekatari tersenarai di top 3.....
Kami daripada sekolah rendah bersaing dengan SMK Convent Bukit Nenas dan SMK Sri Aman bagi merebut tempat pertama hingga ke-3.....


Pemenang pertandingan 
Johan : SK Putrajaya P9(1) - Ekatari
N. Johan : SMK Sri Aman - Citra Lestari
Ke-3 : SMK Convent Bukit Nenas

Ekatari bersama trofi kemenangan

Ekatari bersama Citra Lestasi...
Kami berkongsi jurulatih.....Cikgu Kayrol...
Tahniah buat cikgu Kayrol di atas kejayaan kedua pasukan yang dibimbingnya....

Kategori Penari Lelaki dan Perempuan Terbaik turut menjadi milik Ekatari - Aiman dan Arissa

* Busana Terbaik - SMK Sri Aman (Citra Lestari)

Tahniah kepada semua pemenang.....
Sampai berjumpa lagi di lain pertandingan....

-Pena ekatariskpp 9(1)-




No comments:

Post a Comment