JellyPages.com

Thursday, September 10, 2015

LC3 : Countdown Malam Kemuncak

Sedar tak sedar lantai cilik dah nak sampai ke penghujungnya....
Saban minggu Ekatari beraksi di pentas lantai cilik....
Ekatari merupakan kumpulan yang terlibat bagi keempat-empat rakaman yang berlangsung di Angkaspuri.....
Non-stop.....anak-anak ini menjalani latihan bagi meneruskan perjalanan dalam lantai cilik....
Ini merupakan kali pertama Ekatari mencuba nasib dalam rancangan tv.....
Banyak pengalaman yang telah dilalui oleh mereka.....

Sumber : Dari FB Lantai Cilik

Ekatari merupakan kumpulan yang pernah merasa tesingkir di peringkat suku akhir pertama...
Kemudian, bangkit kembali untuk merebut peluang ke separuh akhir.....
Rezeki Ekatari baik kerana terpilih untuk ke peringkat separuh akhir...
Sekali lagi Ekatari meneruskan usaha bagi melepasi peringkat seterusnya....
Bak kata pepatah " menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan"....
Usaha telah dilakukan minggu demi minggu....
Akhirnya, Ekatari disenaraikan antara 5 kumpulan yang akan bertanding di peringkat akhir.....
Alhamdulillah.....
Asalnya hanya untuk mencari pengalaman baru terus menjadi suatu mimpi yang akan menjadi realiti.....

Semangat, kekuatan dan cita-cita yang dizahirkan oleh anak-anak ini sangat memberikan inspirasi kerana fizikal cilik mereka bukan penghalang untuk berjaya....
Keyakinan yang diberikan oleh jurulatih dan cikgu-cikgu juga menjadikan mereka lebih matang....
Terima kasih kepada pendokong kuat Ekatari.....Cikgu Khairul, Cikgu Lan dan Cikgu Milah......


Doakan yang terbaik untuk Ekatari.....
Doakan segala perancangan untuk kali ini berjalan lancar...
Doakan semoga anak-anak ini diberi kesihatan yang baik sepanjang menjalani sesi latihan intensif.....

-Pena ekatariskpp9(1)-



No comments:

Post a Comment